Sangat penting untuk membeli unit aircond yang sesuai bagi bilik yang anda ingin sejukkan. Jika anda membeli unit di bawah heat capacity bilik, unit anda tidak mampu untuk menyejukkan ruang yang anda kehendaki, jika anda membeli unit lebih daripada heat capacity ruang, akan berlaku pembaziran tenaga elektrik dan mungkin unit anda akan mengalami kerosakan pemampat kerana pemampat cut in dan cut off terlalu cepat.
Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku dan untuk menjamin jangka hayat unit anda beberapa perkara perlu anda tekankan dalam pemilihan unit. Antaranya:
1. Keluasan ruangan yang anda ingin sejukkan.
2. Perkakas yang menghasilkan haba.
3. Jumlah keseluruhan orang di dalam bilik.
4. Aktiviti yang dilakukan di dalam bilik.
Namun dengan kecanggihan teknologi masa kini anda boleh terus key-in data bilik anda pada laman web horse power calculator. Website ini akan memberikan horsepower yang sesuai untuk bilik anda.
No comments:
Post a Comment