Kitaran asas terdiri daripada empat komponen asas iaitu; pemampat(compressor), pemeluwap(condenser), peranti pemeteran(metering device), penyejat(evaporator). Setiap komponen ini memainkan peranan yang tersendiri untuk melengkapi kitaran ini. Di perenggan bawah, admin akan menerangkan fungsi setiap komponen tersebut.
Pemampat adalah komponen yang berfungsi untuk mengalirkan bahan pendingin ke seluruh sistem melewati kesemua komponen dalam sistem. Pandang dari sudut teori, pemampat berfungsi untuk menukar tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik di sini, bermaksud tenaga yang menggerakkan bahan pendingin ke seluruh sistem dengan tekanan yang terhasil daripada piston, empar, skru atau scroll bergantung kepada jenis pemampat. Para pembaca boleh merujuk di website compressor-pendidikan-penyaman-udara.html untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jenis pemampat.
Pandang dari sudut operasi kerja, pemampat berfungsi untuk memampatkan bahan pendingin berbentuk gas/wap yang bertekanan rendah kepada bahan pendingin berbentuk gas/wap yang bertekanan tinggi. Bahan pendingin yang melalui pemampat mestilah dalam bentuk gas/wap kerana pemampat tidak mampu untuk memampatkan cecair dan akan menyebabkan kerosakan pada injap masuk keluar pemampat. Bahan pendingin yang digerakkan pemampat mengalir memasuki pemeluwap.
Bahan pendingin berbentuk gas/wap yang bertekanan tinggi memasuki pemeluwap lalu akan terjadi proses pemeluwapan di mana kandungan haba dalam bahan pendingin disingkarkan dan bentuk bahan pendingin berubah kepada bentuk cecair. Namun tekanan bahan pendingin tersebut masih dalam keadaan tinggi. Melalui proses ini jelas bahawa fungsi pemeluwap adalah untuk menyingkirkan haba pada bahan pendingin.
Secara alami, atau secara semulajadi proses pemeluwapan ini akan berjalan dengan sangat lambat, oleh demikian bantuan daripada medium lain diperlukan untuk mempercepatkan proses pemeluwapan. Antara pendekatan yang digunakan untuk membantu mempercepatkan proses ini ialah dengan penciptaan pemeluwap dan sirip, pemeluwap dalam tube, pemeluwap dan kipas dan bermacam lagi jenis pemeluwap bergantung kepada keperluan unit.
Seperti yang disebut pada perenggan sebelum, bahan pendingin yang melalui pemeluwap akan berubah daripada bentuk gas/wap kepada bentuk cecair, dan bahan pendingin ini akan terus mengalir memasuki perenti pemeteran.
Fungsi peranti pemeteran ini adalah untuk menurunkan tekanan bahan pendingin. Setelah melalui pemeluwap, bahan pendingin berbentuk cecair yang bertekanan tinggi melalui komponen ke tiga iaitu peranti pemeteran. Proses yang berlaku di sini ialah proses penurunan tekanan bahan pendingin. Ini dapat digambarkan seperti 'penumpang dalam bas ingin turun dari bas dengan satu pintu, pintu bas boleh dianggap sebagai peranti pemeteran, selepas melalui pintu bas penumpang akan berada di luar bas yang mana tekanan lebih rendah'.
Begitulah perumpamaan yang boleh dikatakan dalam operasi peranti pemeteran ini. Namun apa yang admin sampaikan berkenaan bas tadi, hanyalah asas kepada operasi kerja peranti pemeteran. Terdapat pelbagai jenis peranti pemeteran, ada beberapa jenis yang bertindak balas terhadap suhu pada penyejat, ada yang cuma menurunkan tekanan semata mata, mengabaikan suhu penyejat. Setiap kecekapan penggunaan komponen ini bengantung pada keperluan.
Selepas melalui peranti pemeteran, keadaan bahan pendingin berubah daripada bahan pendingin berbentuk cecair yang bertekanan tinggi kepada bahan pendingin berbentuk cecair yang bertekanan rendah. Selepas melalui peranti pemeteran, bahan pendingin akan mengalir ke penyejat.
Selepas melalui peranti pemeteran, bahan pendingin akan melalui penyejat. Di penyejat proses penyejatan akan berlaku pada bahan pendingin yang mana mengubah keadaan bahan pendingin berbentuk cecair yang bertekanan rendah kepada bahan pendingin berbentuk gas/wap yang bertekanan rendah. Di penyejat bahan pendingin akan menyerap haba di dalam ruang yang dikehendaki, proses penyerapan haba inilah yang menyebabkan bahan pendingin berubah kepada bentuk gas/wap.
Sama seperti pemeluwap, proses penyejatan ini juga memerlukan bantuan daripada kipas untuk mempercepatkan proses penyerapan haba. Kipas pada penyejat amat penting untuk membahagikan tenaga pendinginan ke ruang yang dikehendaki, jika kipas tidak berfungsi dengan baik, gegelung penyejat akan mengalami keadaan icing yang akan menyebabkan frost pada gelung.
Bahan pendingin berbentuk gas/wap yang bertekanan rendah ini akan mengalir memasuki pemampat dan operasi kerja kitaran asas ini akan terus berterusan. Jika terdapat kerosakan pada mana mana komponen, kecekapan operasi unit akan terganggu. Penyelenggaraan berkala amat penting untuk menjaga kecekapan sistem.

nice infooo
ReplyDeleteSaham akhirat 😁
DeleteAlhamdulillah. keep it up. nanti update cara cuci aircond rumah boleh encik?
DeleteBoleh boleh. Nanti saya cuba.
Delete