Translate

20 March 2018

Haba dan Suhu

Haba dan suhu adalah dua 'term' yang seakan serupa, namun hakikatnya dua 'term' ini mempunyai maksud yang sangat berbeza akan tetapi keberadaan dua 'term' ini terhasil daripada perkara yang sama. Kelihatan rumit, di bawah admin akan cuba olah sedikit berkenaan haba dan suhu.


a. Haba.

             Haba adalah satu bentuk tenaga yang tidak dapat dimusnahkan tapi dapat dipindahkan daripada satu medium ke medium yang lain. Melihat daripada sifatnya yang tidak dapat dimusnahkan, di sinilah peranan bahan pendingin yang berfungsi untuk memindahkan haba tersebut. Seperti yang sediamaklum, bahan pendingin bersifat untuk menyerap dan menyingkirkan haba dengan bantuan beberapa komponen tertentu, dan dalam HVAC begitulah asas kepada pemindahan haba dari satu ruang ke ruang yang lain.

a-i) Cara Pemindahan Haba


               Haba berpindah daripada kawasan panas ke kawasan sejuk, perpindahan haba antara dua kawasan ini terus berlangsung sehingga kedua dua kawasan mempunyai suhu yang sama. Haba boleh berpindah melalui tiga kaedah iaitu;


 i) Konduksi
-konduksi ialah pemindahan haba daripada kawasan panas ke kawasan sejuk(perbezaan suhu)
pada pepejal. Sebagai contoh, satu batang rod keluli dipanaskan disatu bahagian,zarah-zarah
dalam rod akan menerima tenaga yang akan menyebabkan berlakunya getaran dan melanggar
satu sama lain sehingga getaran keseluruhan zarah dalam rod sama dan semakin laju. Ini adalah
bagaimana haba dialirkan dengan cara konduksi.

ii) Perolakan
-perolakan berlaku dalam dua proses, proses ini terkesan oleh faktor alam semulajadi.
Terdapat dua istilah yang digunakan dalam perolakan;
a) Bayu Laut
ai) Bayu laut akan terhasil pada waktu siang hari di mana udara di darat menyimpan
    lebih banyak haba yang akan meningkatkan suhu udara. Udara yang panas ini
    akan naik ke atas kerana udara panas lebih ringan berbanding udara sejuk.
    Udara daripada laut akan memenuhi ruang udara di darat. Lihat rajah(1) untuk
    gambaran yang lebih jelas.

b) Bayu Darat
bi) Bayu darat akan terhasil pada waktu malam hari di mana udara di laut
     menyimpan lebih banyak haba yang akan meningkatkan suhu udara. Udara
     yang panas ini akan naik ke atas kerana udara panas lebih ringan berbanding                                                udara sejuk. Udara daripada darat akan memenuhi ruang udara di laut. Lihat
     rajah(2) untuk gambaran yang lebih jelas.

iii) Sinaran
-sinaran adalah proses pemindahan haba yang mana haba dipindahkan dari satu sumber haba
tanpa sebarang medium dan boleh menembusi ruang udara dan vakum. Sebagai contoh,
matahari adalah satu sumber tenaga haba, haba daripada matahari dipindahkan ke bumi
 melalui ruang vakum tanpa sebarang medium dan daripada itu haba akan dipindahkan ke
ruang dalam bumi melalui udara.

Suhu

              Suhu adalah takat darjah kepanasan sesuatu bahan yang diukur dalam unit darjah celcius(°C) secara umumnya. Dalam HVAC suhu adalah perkara yang sangat penting kerana melalui suhu, kecekapan sesuatu unit dapat ditentukan. Misalnya, sebuah unit ditetapkan untuk beroperasi pada suhu 18°C, namun unit tersebut gagal untuk mencapai suhu yang dilaras, pemeriksaan terhadap unit tersebut perlu dilakukan.



Hubungkait antara Haba dan Suhu



               Suhu adalah unit ukuran bagi haba(semakin tinggi suhu, semakin tinggi haba) yang disebut dalam kata panas dan sejuk secara amnya.



               Jumlah haba dalam suatu bahan berhubungkait dengan jisim suatu bahan. Contohnya, 2m x 2m plate besi dan 1m x 1m plate besi dipanaskan pada suhu yang sama dan masa yang digunakan diabaikan, hasil yang akan didapati ialah 2m x 2m plate mengandungi lebih banyak kandungan haba berbanding 1m x 1m.



              Selain itu, faktor yang mempengaruhi jumlah kandungan haba dalam sesuatu bahan adalah sifat bahan itu sendiri samada kayu, besi, plastik atau lain lain, masing masing memberi kesan yang berbeza terhadap kandungan haba pada bahan. Bahan yang bersuhu tinggi, tidak semestinya mempunyai kandungan haba yang tinggi. Ini dapat dibuktikan dengan contoh yang mana sekeping besi dan sekeping plastik dipanaskan, plastik yang panas akan mencair dan titisan daripada plastik tersebut sangat panas walhal kandungan habanya hanyalah sedikit. Disebabkan sifatnya yang mudah terbakar ia menjadi sensitif terhadap haba. Berbanding besi, memerlukan kandungan haba yang tinggi untuk mencair dan melebur.



Rajah 1 : Bayu Laut



Rajah 2 : Bayu Darat




2 comments: