Translate

21 March 2018

Cara Servis Aircond Rumah

                  Pada zaman kekangan kewangan ini banyak kos yang perlu dipertimbangkan. Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan untuk menjamin penjimatan dalam jangka masa panjang. Di sini admin ingin berkongsi beberapa tips untuk menjaga kecekapan aircond dan cara untuk service aircond secara minor dengan berkesan. 

Alat yang diperlukan:
i. Screwdriver philips dan flat
ii. Tangga
iii. Hos getah
iiii. Kain
v. Berus cat

Cara Kerja:

1. Offkan unit.
(langkah kerja unit indoor)
2. Buka penutup indoor bahagian hadapan unit.
3. Keluarkan filter daripada unit. Filter perlu dicuci dalam 3 4 minggu sekali bergantung pada penggunaan.
4. Buka cover indoor. Perhatikan skru skru yang mengikat cover indoor dengan body indoor. Hati hati
ketika anda membuka cover kerana terdapat beberapa klip yang memegang cover dengan body
indoor. Perhatikan jika wayar pada swing indoor perlu ditanggalkan atau tidak. Jika ya kenalpasti
kedudukan wayar tersebut sebelum anda menanggalkannya.
5. Selepas menanggalkan cover, cooling coil(warna biru atau warna silver) akan kelihatan. Cooling coil ialah
komponen yang menyejukkan udara bilik anda. Oleh itu adalah penting untuk memastikan bahagian ini
bersih.
6. Gunakan berus cat untuk menyingkirkan kotoran daripada cooling coil. Pastikan anda memberus dengan
berhati hati supaya fin pada cooling coil tidak kemek kerana ia akan menggangu airflow unit.
7. Selepas selesai membersihkan cooling coil, gunakan berus untuk menyingkirkan kotoran pada blower
indoor.
8. Pasang semula semua bahagia yang telah dibuka.
(langkah kerja unit outdoor)
9. Beralih service pada unit outdoor.
10. Pastikan termination pada unit outdoor ditutup dengan baik.(tempat masukan wayar)
11. Jiruskan air pada coil outdoor.(coil berada disebelah belakang unit)
12. Gunakan berus untuk membantu proses pembersihan coil outdoor.
13. Setelah indoor dan outdoor selesai diservis. Onkan unit. Lakukan servis ini dalam satu ke dua bulan
bergantung atas penggunaan.

*cara servis ini adalah servis minor, jika unit gagal beroperasi dengan baik dapatkan khidmat daripada juruteknik aircond untuk pemeriksaan kerosakan dan baikpulih unit.



Alat tambahan :

Pengguna boleh menggunakan spray coil cleaner untuk membantu membersihkan cooling coil. Bagi menggunakan spray ini pastikan terdapat aliran udara dalam ruang bilik kerana bau daripada spray ini agak kuat.


Cooling Coil Cleaner

2 comments:

  1. Replies
    1. Cleaner ada pelbagai jenis. Boleh tanya kat kedai hardware

      Delete